...welKome...

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Selasa, 12 Mei 2015

Sesaat

Langit semakin gelap. Udara semakin sejuk. Mata yang makin layu ku gagahkan jua demi menemankan kak long menyiapkan kain sarung kerusinya. Makin lama makin sunyi. Suara dan jenaka shin chan kasih ligat disiarkan. Pecah jugak lah sunyi masa tu dengan ketawa aku dan kak long. Semua cerita cerita yang diajukan pada ku oleh kak long ku iye kan aje. Terasa malas untuk berkata.

   Jarum jam menginjak ke pukul 2 pagi. Mula lah semua nak menguap. Mengeliat macam tak ade tulang belakang. Kak long berdiri dan melepaskan kepenatan seharian suntuk mengemas dan menjahit. "Dah lah dik. Jom tidur. Kak long penat sangat dah ni". "Hmmm, ye lah kak long". Kak long melangkah kaki untuk mengambil tilam dan tidur di ruang tamu sahaja.

   Si wani jangan cakap lah. Awal awal dah terbongkang. Mak dengan ayah pun tidur kat luar bilik sebab habis almari mak kena makan dek cencorot tak guna. Berbau satu bilik. Sampai mak pun tak sanggup. Aku masuk ke bilik untuk mengambil baby, bantal dan selimut. Aku pun kena tidur luar jugak lah. Rasa macam kesian lak bila semua kat luar bilik, aku sesedap je tidur atas katil.

   Sementara nak lelapkan mata ni. Aku buka dan mainlah WhatsApp.  Kak long awal awal dah ngorok bila dapat bantal dan tilam. Penat sangat agaknya. Bila buka group chat family aku, tiba tiba je aku rasa sakit hati. "Apa yang tak berbaloi. Bayar rm50 je". Sakit hati aku tengok perkataan 'je' tu.

   Aku pun apa lagi. Laju je lah tangan menaip and send. Aku kata, "Walau pun rm50. Tapi mak kena bangun awal pagi. Buat kuih 3 ke 4 jenis untuk dapat duit tu. Jaga anak kau sampai ke malam. Cakap senang. Duit kau kan macam air. 😪 speechless". Aku baca ayat tu berulang. Puas hati aku rasa. Aku letak phone kat sebelah and tak semena mena aku tertidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan